
Tafsir Al-Qurthubi - 20 Jilid
Judul Asal : Al-Jaami' li Ahkaam al-Qur'an | Judul Terjemahan : Tafsir Al-Qurthubi | Penulis: Imam al-Qurthubi (Abu Abdillah Muhammad B. Ahmad al-Anshari al-Qurthubi (Wafat: 671H) | Ta’liq: Muhammad Ibrahim Al-Hifnawi | Takhrij: Mahmud Hamid Utsman | Penerbit : Pustaka Azzam | Kulit Buku: Hard Cover | Jilid: 20 Jilid Lengkap
Satu lagi hasil khazanah ulama generasi awal ahli sunnah wal-Jama'ah dalam bidang tafsir al-Qur'an. Menghimpunkan tafsiran ayat-ayat al-Qur'an di atas manhajnya. Suatu khazanah yang wajar ditela'ah oleh para penunutut ilmu dan pengkaji. Serta sangat wajar dijadikan sebagai rujukan dan panduan memahami al-Qur'an. Imam al-Qurthubi adalah ulama pada era tahun 600 hijrah.
Di antara kitab tafsir yang methode perbahasannya turut bertunjangkan kepada kaedah-kaedah dan kajian fiqh adalah kitab tafsir karya Imam al-Qurthubi rahimahullah yang berjudul al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia tafsir yang sangat berharga. Kitab tafsir ini membawa perbahasan yang mencakupi pelbagai pendapat mazhab fiqh dalam menafsirkan ayat-ayat berkaitan hukum. Walaupun demikian, fokus beliau terhadap aspek-aspek qira'at, i'rob, masalah-masalah yang berkaitan dengan Nasikh dan Mansukh juga amat diberi perhatian.
Dalam edisi cetakan ini, beberapa ciri telah dikemaskini - Antaranya:
- Memperbetulkan teks/naskah asli kitab ini secara menyeluruh.
- Mentakhrij ayat-ayat al-Qur’an dengan menyebutkan nama surahnya masing-masing
- Mentakhrij qira'at-qira'at yang ada di dalam tafsir ini dengan merujuk pada kitab-kitab qira'at dan kitab tentang makna-makna al-Qur’an.
- Mentakhrij hadis-hadis yang ada, yang bersumberkan kepada kitab-kitab induk hadis dan selainnya.
- Mentahkrij riwayat-riwayat yang ada di dalamnya dengan menyebutkan sumbernya.
- Mentahqiq pendapat-pendapat imam mazhab dan hukum-hukum yang ada dalam kitab ini
- Serta beberapa lagi metodologi ilmiyah lainnya
Jom beli kitab ini segera di Basharul Amin Enterprise,
TAMBAH ILMU TAJAM PEMIKIRAN !
CARA UNTUK BELI ONLINE