Cart 0
1487314228_2012484_z

Pegangan Ahli Sunnah (Dan Pendustaan Zamihan Terhadap Ulama Mereka)

RM 20.00

SINOPSIS

Buku ini membincangkan :

  1. Isu akidah Ahli al-Sunnah Wal Jamaah
  2. Beberapa perkara yang mengelirukan ditimbulkan olleh penentang Ahli al-Sunnah Wal Jamaah.  Sebahagian  perkara itu telah dijelaskan dengan baik dalam kitab ini.
  3. Akidah As-Salaf as-Soleh adalah satu.  Manhaj mereka adalah satu.  Mereka tidak berselesih faham dalam isu aqidah atau ilmu tauhid.  Antara sebabnya adalah mereka beriman dengan apa yang di khabarkan kepada mereka oleh Allah swt dan Rasulullah saw.  Ayat sifat umpamanya adalah tauqifiyah iaitu, ia diterima seperti mana ia datang tanpa ditambah atau dikurangkan.
  4. As-Salaf as-Soleh dapat pujian daripada Allah swt dalam al-Quran.  Umpamanya pada surah at-Tawbah ayat 100, Allah swt redha kepada mereka dan mereka yang mengikut jejak langkah mereka.  Sebaliknya Alllah SWT mencela mereka yang berselisih dengan manhaj as-Salaf as-Soleh dalam surah an-Nisa’ ayat 115.
  5. Adalah menjadi sifat ahli kalam dan ahli bidaah yang bercanggah dengan manhaj ahli Al-Sunnah wal Jamaah (AWSJ) memomokkan ASWJ dengan panggilan seperti Hasawiyah, Zahiriyyah (literalist), Nasyoon, Mujassamah, Hanbaliyoon atau Wahabiyoon
  6. Menurut sebuah hadis, Nabi saw telah meramalkan bahawa umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan.  Yang benar adalah hanya satu kumpulan daripada tujuh puluh tiga kumpulan tersebut.
  7. Adalah menjadi satu keperluan asas bagi mereka yang ingin tahu mengenai kebenaran dan mencintai agamanya untuk memahami isu siapa dia Hanbaliyoon atau Wahabiyoon itu.  Buku-buku mereka yang dituduh sedemikian perlu dikaji sama ada ia bertentangan dengan akidah as-Salaf as-Soleh, para imam fikah yang muktabar atau akidah ahli hadis.
  8. Buku ini menerangkan jelas dan tuntas mengenai pembohongan dari sudut ilmiyah, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.  Zamihan al-Ghari belum lagi memberi jawapan balas bagi penerangan yang terkandung dalam buku ini sejak tahun 2006.
  9. Yang menarik perhatian adalah cara pembohongannya hampir sama dengan cara pembohongan yang dibuat oleh gurunya bernama Syeikh Hassan As-Saqqaf di Jordan.  Syeikh Hassan As-Saqqaf dan Syeikh Muhammad Zaid al-Kauthary kedua-duanya terkenal sebagai pencela ulama Ahli al-Sunnah Wal Jamaah seperti Ibnu Taimiyah, Ibnul Qaiyyim, Syeikh Muhamad Abdul Wahhab,  Syeikh Al-Albani dan Syeikh Ibnu Uthaimin rhm.
  10. Dengan membaca kitab ini, InsyaAllah isu yang diperselisihi akan menjadi lebih jelas bahawa ia berkaitan dengan iman dan tauhid.   Itu boleh membuka pintu kepada jalan yang dapat penunjuk yang sangat baik yang kita semua menginginkannya.

 

KANDUNGAN BUKU

  1. Sunnah Nabi: Antara Cabaran & Tohmahan
  2. Tohmahan Pertama: Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim Pencetus fahaman Tajsim dan Tashbih
  3. Tohmahan Kedua: Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil
  4. Tohmahan Ketiga: Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahabiyyah dan Bukannya Ahli Sunnah Yang sebenar
  5. Tohmahan Keempat: Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab berasal dari Jajd, tempat munculnya tandik syaitan
  6. Tohmahan Kelima: Muhammad Ibn ‘Abd Al-wahhab mendakwa Nabi Adam melakukan syirik
  7. Tohmahan Keenam: Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab mentafsirkan kalimah Syahadah dengan tafsiran yang menyalahi ijma’.
  8. Tohmahan ketujuh: Para pendukung Sunnah Malaysia penyemai bibit perpecahan, fahaman radikal dan anti Kerajaan
  9. Tohmahan Kelapan: Al-Albani banyak membuat kesilapan dan percanggahan dalam penilaian darjat hadis
  10. Tohmahan Kesembilan: Pendukung Sunnah di Malaysia tidak faham Konsep Bidaah
  11. Tohmahan Kesepuloh: Para pendukung sunnah Malaysia sebenarnya adalah penentang sunnah lagi jahil tentang kaedah-kaedah fiqh dan usul fiqh
  12. Tohmahan kesebelas: Para pendukung sunnah Malaysia menolak Ijma’ dan merupakan pembuat bidaah yang sebenar.
  13. Penutup

Jom beli buku ini segera di Basharul Amin Enterprise,
TAMBAH ILMU TAJAM PEMIKIRAN !


CARA UNTUK BELI ONLINE

Boleh klik ADD TO CHART dan terus membuat pembayaran online.
 
ATAU
 
Call/SMS/WhatsApp ADMIN
EN. BASHARULAMIN : 0192522591
EN. ZULHILMI : 0193831285
 

Bayaran boleh dibuat terus ke :

 
atau

 

   

 

Kemudian emailkan kepada : basharulamin@gmail.com

DENGAN BUTIRAN PEMBELI

(1) Nama penuh
(2) Alamat lengkap pembeli
(3) No. Hand Phone @ Contact No.