
Kisah Perjalanan Hidup Rasulullah sallallahu alayhi wasallam
Judul: Kisah Perjalanan Hidup Rasulullah sallallahu alayhi wasallam | Penerbit: Darul Mughni | Penulis: Ust. Al-Hafiz Seyed Ibrahim Al-Bukhari | Penterjemah: Zainariah Abdul Wahab | Kulit Buku: Soft Cover | Jumlah m/s: 549 muka surat
Buku Kisah Perjalanan Hidup Rasulullah sallallahu alayhi wasallam merupakan sebuah buku sirah khas untuk kanak-kanak yang menarik untuk dimiliki. Buku yang gah dan hebat ini akan membawa pembaca menelusuri zaman kehidupan baginda sallallahu alayhi wasallam. Setiap kisah yang dipaparkan, iaitu sebelum Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam dilahirkan sehinggalah Baginda wafat, semuanya disertakan dengan rujukan sumbernya.
Adalah diharapkan buku ini dapat menjadikan pembaca lebih kenal kepada Rasulullah sallallahu alayhi wasallam dan seterusnya mencintai Baginda. Bak kata pepatah, “Tak Kenal maka Tak Cinta”. Jika seseorang itu mengasihi atau mencintai seseorang yang lain, dia akan dapat bersama dengan orang itu, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam yang bermaksud, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang mereka kasihi, dan kamu bersama dengan orang yang kamu cintai dan kasihi.” (Hadis riwayat Ibn.Hibban, no:147)
Oleh itu kasihilah Rasulullah sallallahu alayhi wasallam supaya kamu dapat bersama dengan Baginda di akhirat kelak. Aamiin.
Jom beli buku ini segera di Basharul Amin Enterprise,
TAMBAH ILMU TAJAM PEMIKIRAN !
CARA UNTUK BELI ONLINE